POLEMIK Ahmad Dhani melarang salah seorang mantan vokalis Dewa 19, Once untuk menyanyikan lagu-lagu dari kumpulan tersebut masih terus hangat dibicarakan dalam dunia hiburan Indonesia.
Ahmad Dhani melarang Once mendendangkan lagu-lagu Dewa 19 memandangkan kumpulan tersebut akan mengadakan beberapa buah konsert besar dalam masa terdekat.
Memberi respons kepada larangan Dhani, Once mengaku dirinya sudah lama tidak dilarang oleh sesiapapun untuk tidak melakukan hal-hal yang diinginkannya.
Ini termasuklah soal dilarang menyanyikan lagu-lagu Dewa 19.
“Wow saya rasa aneh kerana sudah lama tidak dilarang-larang. Rasanya kali terakhir dilarang masa saya masih di sekolah menengah.
“Rasa macam jumpa orang tua dan kemudian dilarang lakukan sesuatu,” katanya seperti dilaporkan CNNIndonesia.
Once juga mengaku sudah lebih satu tahun tidak dibawakan dalam mana-mana persembahan.
“Sudah satu tahun terakhir ini saya tidak pernah bawakan lagu Dewa 19 di dalam persembahan solo.
“Jika ada pun, lagu Cemburu kerana saya juga terbabit menciptakan lagu tersebut untuk album Bintang Lima.
“Saya suka nadanya. Saya yang bikin chord di lagu Cemburu,” ujar Once lagi.
Meski tidak bersetuju dan sakit hati dengan larangan yang dikeluarkan Dhani, Once tetap terbuka untuk duduk menyelesaikan masalah mereka.
“Saya terbuka untuk duduk berbincang dan membawa masalah ini sebenarnya mahu ke mana atau diselesaikan macam mana? Secara undang-undang atau apa? Saya terbuka,” katanya lagi.
Diketahui Once adalah salah satu mantan vokalis Dewa 19 yang cukup lama bersama kumpulan itu. Antara lagu-lagu popular Dewa 19 yang didendangkan Once bersama kumpulan tersebut adalah Separuh Nafas, Larut, Selimut Hati dan Laskar Cinta. -Gempak
Gempak
Sat Apr 08 2023
Ahmad Dhani (kiri) melarang Once (kanan) mendendangkan lagu-lagu Dewa 19 memandangkan kumpulan tersebut akan mengadakan beberapa buah konsert besar dalam masa terdekat.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 20 Mei 2024.
Hubungan diplomatik Malaysia-China raih pencapaian penting - Teo
Malaysia dan China telah meraih pencapaian penting dalam setengah abad hubungan diplomatik, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
Tumpuan Selasa –21 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
KP Kementerian Luar Singapura dijatuhkan hukuman penjara, salah guna beg diplomatik
Oh menghadapi dua pertuduhan menipu kerana menyalahgunakan perkhidmatan beg diplomatik.
10 Berita Pilihan - (20 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Cuba ceroboh masuk Istana Negara, dua individu dipenjara dua bulan
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 447/451 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.
Kerajaan Malaysia bekerjasama dengan rakan antarabangsa untuk bawa keluar pasukan perubatan MERCY
Kerajaan Malaysia sedang bekerjasama dengan rakan antarabangsa untuk membawa keluar sebuah pasukan perubatan Malaysia yang terperangkap di Rafah, Gaza, menurut Kementerian Luar (Wisma Putra).
PM Anwar ulangi gesaannya untuk AS hentikan keganasan Israel di Gaza
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi gesaannya supaya Amerika Syarikat (AS) melakukan apa sahaja yang diperlukan untuk menghentikan keganasan Israel di Gaza.
10 individu ditahan dalam enam serbuan khas aktiviti penyeludupan
Polis menahan 10 individu termasuk seorang wanita dalam enam serbuan menerusi operasi khas Biro Jenayah Hidupan Liar/Perisikan Siasatan Khas.
TWICELIGHTSinKL: ONCE Malaysia buat Dahyun menitis air mata
Dahyun teringat akan Mina yang tidak dapat menyertai mereka pada konsert di Kuala Lumpur pada kali ini kerana masih belum sembuh daripada gangguan kebimbangan (anxiety).
TWICELIGHTSinKL: TWICE, ONCE Malaysia akhirnya bersua di konsert jelajah dunia
Konsert Jelajah Dunia 2019 TWICELIGHTS di Kuala Lumpur hasil anjuran iME Malaysia menandakan pertama kalinya pertemuan di antara TWICE dan juga fandomnya ONCE Malaysia.